Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
Abu lehyah.
E-Mel
:
musufism_addeen@yahoo.com.
Kategori
:
AKIDAH




SUB KATEGORI
Tauhid/Iman/Mazhab

Tarikh Hantar Soalan
:
03/07/2008 07:18 PM
Soalan
:
Istilah "Allah Maujud Tanpa Bertempat" adalah akidah Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam,para sahabat, para tabi'en, ulamak muhadditsin, fiqh dan tasauf.Soalan saya, bagaimanakah pula yang mengatakan Allah duduk di atas Arasy seperti sifat makhluk-Nya dan mendakwa Allah bertempat?.
Jawapan
:
Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولا مكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

.

Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 090708
Tarikh Selesai
:
09/07/2008 12:18 PM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.