Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama
.
Nama
:
.
MOHAMAD NOOR IZHAM BIN BASRI
.
E-Mel
:
tumpanglalu@gmail.com
.
Kategori
:
--Sila Pilih--
SUB KATEGORI
Tarikh Hantar Soalan
:
12/11/2007 01:41 AM
Soalan
:
Keliru Hukum Derma Organ!
salam..
saya menerima risalah nasyrah mingguan Hizbut Tahrir Malaysia di masjid berhampiran rumah saya yang mana di dalamnya antara lain membincangkan hukum derma organ adalah HARAM di sisi Islam. saya keliru kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain kata boleh derma. Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin pun kata boleh derma. Bekas Penasihat Agama Istana Negara Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz juga kata boleh derma organ. saya benar-benar berkeinginan untuk mendaftar menderma organ tetapi masih lagi keliru dengan hukum derma organ apabila membaca nasyrah mingguan tersebut. Untuk maklumat lanjut pihak tuan bolehlah melayari www.mykhilafah.com atau www.hizb-ut-tahrir.info atau terus ke direct link:
http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Nahdah&pa=showpage&pid=146
semoga pihak tuan dapat memperjelaskan kekeliruan saya ini dan juga mungkin kekeliruan ramai rakyat Malaysia.
sekian..
yang benar,
keliru
.
Jawapan
:
Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:
a. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
b. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
c. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.
d. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.
.
.
Status
:
Selesai - Paparan Web
.
.
Nombor Rujukan
:
Panel(fs)121107
Tarikh Selesai
:
12/11/2007 07:52 AM
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.