Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
mohamad nadzam yaacob.
E-Mel
:
nadzam@perlis.uitm.edu.my.
Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
Makanan dan Barangan Gunaan Islam

Tarikh Hantar Soalan
:
07/05/2008 11:48 AM
Soalan
:
1. Apakah hukum memakan telur kura-kura.
2. Tolong terangkan dengan lebih terperinci keharusan memakan belangkas.
3. Teradapat pelbagai logo halal pada barangan makanan. Ini menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pengguna Islam.Minta seragamkan.
3. Minta komen kepada cadangan ini:
a. Menaikkan denda maksimum kepada pengeluar makanan yang menipu kandungan makanan mereka.Kesalahan ini amat berat kerana bukannya menipu seorang dua tetapi kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
b. Halal hub di Malaysia diperuntukkan kepada pengeluar makanan beragama Islam sahaja. Jika tidak, lambat laun akan dimonopoli oleh orang bukan Islam.

.
Jawapan
:
1. Telur kura-kura harus dimakan walaupun ibunya tidak halal dimakan.
2. Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:

i)HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, ketam batu dan seumpamanya.

ii) HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

Pada pendapat Mazhab Syafi'ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya.

iii) Panel mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan.

iv) Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan umat Islam supaya menceburi bidang pengeluaran makanan. Hasil daripada usaha itu, kini lahirlah industri kecil dan sederhana yang diusahakan oleh umat Islam, walaupun belum dapat menampung keperluan negara sepenuhnya.
.
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 080508
Tarikh Selesai
:
08/05/2008 10:40 AM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.