Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
Edi Salleh.
E-Mel
:
mmataharie@yahoo.com.
Kategori
:
ISU SEMASA




SUB KATEGORI
--Sila Pilih--

Tarikh Hantar Soalan
:
30/12/2008 03:00 PM
Soalan
:
1. Apakah hukumnya jika kita memandulkan/mengembirikan binatang peliharaan seperti kucing jantan dan betina. Boleh kah kita berbuat demikian?

2. Adakah bulu kucing itu najis dan menyebabkan sembahyang tidah sah sekiranyanya terdapat bulu kucing terlekat pada tubuh atau pakaian atau tempat sembahyang.

3. Adakan terbatal wuduk sekiranya tersentuh kucing samada kering atau basah.
Jawapan
:
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Hukum mengembirikan/memandulkan kucing peliharaan adalah haram sekiranya memberi kemudaratan kepada kucing berkenaan. Ini kerana Allah SWT telah menciptakan kucing itu ada jantan dan betinanya supaya ia dapat hidup dan membiak.
Namun begitu, sekiranya bilangannya sudah terlalu banyak dan tidak sempat untuk menguruskannya, maka kucing tersebut bolehlah dimandulkan untuk menjaga maslahah ammah. Wallahu ‘alam.

2. Bulu kucing tidak najis. Jika terdapat bulu kucing terlekat pada tubuh atau pakaian atau tempat bersolat, ia tidak membatalkan solat dan solat tersebut adalah dikira sah.

3. Tersentuh kucing sama ada kering ataupun basah tidak membatalkan wuduk.

Wallahu ‘alam..
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 230209
Tarikh Selesai
:
23/02/2009 11:26 AM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.