Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
ummululu.
E-Mel
:
ummululu2006@yahoo.com.
Kategori
:
SYARIAH




SUB KATEGORI
Ibadat - Toharah

Tarikh Hantar Soalan
:
01/02/2007 12:19 AM
Soalan
:
saya sudah mempunyai empat orang anak. setiap kali bersalin saya hanya mandi wajib setelah kering nifas sahaja dan tidak pernah mandi wiladah kerana setahu saya ianya adalah perkara yang sama. Sekiranya ianya dua perkara yang berbeza adakah saya berdosa dan sahkah mandi wajib sahaja dan bagaimana cara untuk mandi wiladah dan niatnya.

.
Jawapan
:
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.
Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala"

.
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
Tarikh Selesai
:
19/04/2007 10:36 AM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.