Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
ABD AZIZ BIN IBRAHIM.
E-Mel
:
selesa2108@yahoo.com.
Kategori
:
SYARIAH




SUB KATEGORI
--Sila Pilih--

Tarikh Hantar Soalan
:
22/09/2008 01:33 PM
Soalan
:
Saya ingin mengetahui tentang hukum kahwin mutaah. Adakah ianya benar ujud didalam Islam ianya satu yang bidaah(sesuatu yang baru) Jika ianya dibenarkan didalam Islam bolehkah JAKIM beritahu saya syarat-syarat dan rujukan seperti firman dan hadis..
Jawapan
:
Nikah Mutaah (kahwin kontrak) iaitu meletakkan syarat untuk menjadi pasangan suami isteri buat sementara atau beberapa tahun sahaja.

Para fuqaha' telah bersepakat telah menyatakan bahawa kahwin mut'ah hanya dibenarkan pada awal perkembangan Islam.Kebenaran pada masa itu adalah dengan tujuan untuk memperkembangkan Islam dan setelah hari pembukaan Mekah perkahwinan seperti itu telah diharamkan dan pengharaman tersebut adalah selama-lamanya. Ia bukan suatu yang bidaah atau yang baru diada-adakan cuma ada antara mazhab dalam Syiah yang membenarkan perkahwinan tersebut.

Dan pada masa ini, berlaku juga persetujuan bersama pasangan suami isteri tentang tempoh tertentu sebagai syarat perkahwinan untuk kepentingan peribadi, harta benda dan sebagainya samada disedari ataupun tidak bahawa meletakkan tempoh tertentu sebagai syarat itu pun menyebabkan tidak sah akad. .
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
Panel SJAI 151008
Tarikh Selesai
:
15/10/2008 02:52 PM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.