Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



.Nama
:
.
mawarku.
E-Mel
:
hatikamar04@yahoo.com.
Kategori
:
SYARIAH




SUB KATEGORI
Munakahat - Isu Rumahtangga

Tarikh Hantar Soalan
:
09/06/2008 12:57 PM
Soalan
:
1. apakah hukum suami menuduh isteri ada hubungan dengan orang lain sedangkan isteri taat pada suami.sehinggakan setiap kali berselisih paham suami sering menuduh isteri mengunakan pintu belakang.
.
Jawapan
:
Suami yang menuduh isteri melakukan zina adalah melakukan li'an terhadap isterinya.

Li'an bermaksud seseorang suami menuduh isterinya berzina dengan menggunakan kalimat sumpah yang dimulakan dengan nama Allah seperti Wallahi, Wabillahi dan watawallahi dengan mengatakan bahawa isterinya benar-benar telah berzina. Dan isteri pula boleh mempertahankan diri dengan melafaz sumpah menafikan segala tuduhan suami terhadapnya.

Pengakuan ini dilakukan dihadapan orang ramai atau di masjid selepas Jumaat misalnya. Orang yang telah meli'an isterinya tidak boleh hidup semula sebagai suami isteri selama-lamanya.

Oleh itu, sebaik-baiknya saudari membawa perkara ini kepada pejabat agama bagi mendapat khidmat nasihat untuk tindakan selanjutnya , kerana ia melibatkan hukum besar dalam persoalan rumahtangga..
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
Panel SJAI 170608
Tarikh Selesai
:
17/06/2008 11:05 AM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.